Syukur Alhamdulillah

Pejam celik pejam celik dah setahun Putri Homestay beroperasi..Sebaik mendapat kunci rumah pada tahun 2012, seorang sedara telah meminta untuk menyewa rumah kami. Rumah disewakan selama setahun lebih sebelum rumah dikembalikan kepada kami. Perancangan awal kami sebelum mendapat kunci daripada pemaju untuk menjadikan rumah ini sebagai homestay akhirnya dapat kami laksanakan.

Homestay yang tak seberapa kami mulakan.Tiada perabot mewah atau hiasan mahal yang menghiasi homestay kami.Hanya perabot asas yang kami sediakan. Berdikit-dikit kami lakukan perubahan pada homestay kami.Internet, Pn. Zaridah (RZ Homestay) dan kawan-kawan sekerja menjadi tempat rujukan kami. Alhamdulillah...disamping kesibukan kerja kami dapat memastikan homestay ini sentiasa bersih, kemas dan selesa. Housekeeping akan dilakukan sendiri setiap kali tetamu check out bagi memastikan tetamu berpuashati dengan perkhidmatan yang diberi.

Kami jadikan komen negatif dan posistif sebagai pencetus semangat untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik. Ada yang datang untuk kali ke 2 dan ke 3 menginap di Putri Homestay. Ianya amat mengujakan kami.Walaupun ada tetamu yang membatalkan tempahan disaat akhir, kami tidak berputus asa. Insha Allah jika ada rezeki untuk kami, ianya tidak akan ke mana.Semoga Allah mempermudahkan kami dalam mengendalikan Putri Homestay.




Comments

Popular posts from this blog

Klinik & Surgeri Sedhu Ram

Klinik & Surgeri Sedhu Ram

Putri Homestay Pauh Arau Perlis.