Tuesday, September 1, 2015

Dihargai dan menghargai

Hadiah-hadiah pemberian anak didik, rakan-rakan dan cenderamata bagi majlis2 tertentu dulunya tersimpan rapi sampai lupa tentang hadiah2 tu. Tak nak semak rumah..simpan dalam kotak dan letak dalam almari. Tapi fikir2 balik baik saya keluarkan dan pamerkan semua tu sebagai hiasan rumah. Sememangnya ....semua pemberian itu membuatkan diri rasa dihargai dan itulah tanda saya menghargai pemberian mereka.




Cawan2 comel digantung dirumah kecil (DIY)


Mug2 pemberian anak2 didik yang dikasihi

Keychain daripada anak murid dan teman2


Keychain biasanya akan hilang jika tidak disimpan di satu tempat yang khas. So, aktiviti menggantung mula dijalankan supaya keychain ni jadi kenangan untuk keluarga.
Menghargai hasil usaha anak


DIY frame yang belum digantung



Apa sahaja pertandingan yang anak sertai, saya abadikan dalam gambar. Kalah atau menang tak jadi hal...yang penting usaha dan pengalaman. DIY frame untuk anak2 tersayang.