Tuesday, January 24, 2017

MRSM beseri...hooray

Sebaik sahaja melangkahkan kaki ke tahun 2016, 2 impian yang Kak Ngah aka Putri Aimi target untuk dicapai. Pertama dapat 6A dalam UPSR 2016 dan menjejakkan kaki ke MRSM 2017. Apabila keputusan UPSR diumumkan K.Ngah hanya mampu mendapat 4A 2B sahaja diiringi juraian air mata kekecewaan. Namun, rezeki Allah tetap ada, hari ini  mama amat bersyukur K.Ngah telah ditawarkan ke MRSM Beseri. Alhamdulillah. K. Ngah akan mula mendaftar pada 6 Februari 2017. Semoga dipermudahkan segala urusan.