Monday, October 27, 2014

Epal asam boi

Kecur air liur bila melihat buah mempelam asam boi di FB dan whatsapp... Cari buah mempelam tak dapat..maka buah epal sebagai ganti...rasa masam,masin,manis dan sejuk memang tak jemu di makan..Jom buat sendiri

Kupas dulu

potong-potong

cili, gula, garam dan asam boi


sila bertapa dalam peti sejuk sebelum dimakan

Wednesday, October 22, 2014

Resepi garam belacan perlis




Menyicah adalah aktiviti diwaktu petang....menyicah buah-buah seperti mangga (pelam), asam, epal hijau dan amra dengan garam belacan memang sedap...Jom tengok resepi garam belacan

Bahan-bahan

  • gula
  • garam
  • kicap
  • belacan
  • cili ( nak pedas letak banyak2)


Cara-caranya

  • Kisar semua bahan kecuali kicap menggunakan pengisar kering.
  • Masukkan ke dalam mangkuk
  • Tuang kicap dan gaul guna sudu
  • Bolehlan menyicah bersama jiran


Monday, October 20, 2014

Home Binder 2015

TQ Fizah...Home Binder mula digunakan...










  1. Muka hadapan yang ceria mewakili harapan yang menggunung untuk tahun 2015 ;)
  2. Kalendar tahun 2015.
  3. Perancang bulanan, yang dimulakan seawal September 2014 supaya sesiapa yang nak beli awal tu boleh terus guna. Paling seronok kali ni saya ada buat tambahan tarikh Hijrah untuk memudahkan rujukan. Dan ada bahagian yang cukup selesa untuk catatan tambahan di setiap hujung mukasurat.
  4. Perancang harian, yang disertakan bahagian untuk merancang menu harian. Merancang menu nampak macam renyah tapi sebenarnya sangat membantu urusan para wanita yang cukup sibuk di luar sana.
  5. Helaian untuk tarikh istimewa.
  6. Helaian untuk catatan nota.
Saiz Home Binder ialah saiz A4 dengan orientation portrait untuk keseluruhan 81 mukasurat.


Siapakah yang wajar memiliki Home Binder ini?
  • Individu yang selalu sibuk dan perlukan 'pembantu' untuk kelancaran urusan harian.
  • Blogger yang sering dihujani idea secara spontan; binder ini boleh jadi tempat paling sesuai untuk memuntahkan segala idea tersebut.
  • Homeschooling momma; keperluan untuk mencatat aktiviti harian anak-anak secara tersusun boleh dipenuhi dengan kehadiran binder ini.
  • Pelajar; sangat banyak assignment dan deadline perlu dikejar, binder ini boleh bantu untuk fokus kepada semua perkara tersebut.
  • Working-at-home-mom; urusan bisnes seharian insyaaAllah lebih tersusun dan efektif dengan bantuan binder ni.
  • Individu yang sukakan simpanan data dalam bentuk hardcopy yang tak ada risiko 'crash' seperti data softcopy.

Berapakah harga Home Binder ini?

Pakej 1:
  • Softcopy.
  • Lengkap semua ada seperti diterangkan di atas.
  • 93 mukasurat.
  • RM25 sahaja!

Pakej 2:
  • Softcopy.
  • Boleh pilih templat sama macam tahun lepas iaitu perancang bulanan je, takde perancang harian.
  • 21 mukasurat.
  • RM10 sahaja!

Pakej 3
  • Softcopy & Hardcopy.
  • Sama serupa dengan saya punya, boleh pilih wrapping paper yang ada dalam koleksi saya.
  • 93 mukasurat.
  • RM100 sahaja! {Termasuk kos printing berwarna full pages, kertas, tabsbinding,cover depan belakang, laminate, postage etc}  

Saturday, October 11, 2014

Kenangan

Tahun 2014 semakin ke penghujungnya...akan berubahlah umur dan fizikal setiap individu. Buat anak2 tahun 6 yang akan melangkah ke alam remaja...gunakan usia remajamu yang hadir sekali dalam seumur hidup dengan sebaik mungkin...Semoga berjaya di dunia dan akhirat..