Posts

Showing posts from 2015

Jenguk - jenguk Putri Homestay

Image

Gua Kelam...kelam oooo

Image
Gua Kelam......memang sesuai dengan namanya..Gua yang kelam atau gelap.  Mengikut sejarah..Gua Kelam telah terkenal kepada umum setelah penemuan bijih timah bermutu tinggi di dalam gua oleh pelombong- pelombong cina di pertengahan abad yang lalu. Nama Gua Kelam adalah gelaran yang telah diberikan oleh pelombong-pelombong bijih sempena kegelapan yang wujud di dalam gua itu sendiri. Pelombong-pelombong terpaksa menggunakan lampu karbid untuk menerangi kawasan dalam gua sepanjang menjalankan aktiviti mengeluarkan bijih timah.   Sejuk..nyaman..tenteram..santai..memang sesuai untuk release tension. Sambil berkelah sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Kalau nak masuk dalam gua, kita akan dikenakan bayaran sebanyak RM1 bagi dewasa dan RM0.50 untuk kanak2. Kat sebelah sana, kita boleh lihat banyak lagi flora dan faunanya. Apa tunggu lagi..jomlah kita relax2 kat Gua Kelam. Mai na... Bayar tiket kat sini la.. Ni..pemandangan kat luar Jom masuk Ja

Restoran Nasi Kandar Pokok Petai

Image
Celik saja mata, perut dah berbunyi minta diisi...Jom bersarapan di Restoran Nasi Kandar Pokok petai. Sebuah restoran dengan dekorasi yang unik. Segalanya berasaskan kayu. Kerusi, meja, kaunter bayaran, buaian, jam, cetakan nama kedai, menu dan bekas tisu. Menu utama nasi kandar dan roti canai. sambil menjamu selera, boleh juga menjamu mata. Restoran ni terletak di Mata Ayer..Jangan lupa singgah!! heavy breakfast + lunch bekas atau kotak tisu Buaian Jom makan

Anjung Keli

Image
Anjung keli sebuah restoran yang cukup terkenal di Perlis Indera Kayangan. Terletak di Jalan Behor Pulai, Kangar Perlis. Ianya berhampiran dengan Institut Pengajian Guru dan Institut Latihan Perindustrian Perlis. Kawasan parking yamg cukup luas memudahkan pengunjung meletakkan kereta walaupan dalam waktu puncak iaitu waktu makan tengahari. Sesuai dengan namanya Anjung Keli, pelbagai masakan ikan keli terdapat di sini seperti keli bakar, keli goreng, keli masak cabai dan keli masak lemak cili padi. Selain itu, banyak lagi  menu makanan kampung yang menyelerakan ada di sini. So buat pengunjung yang baru pertama kali datang ke Perlis, jangan lupa singgah di Anjung Keli. Dah rasa baru tahu...BESTTT orang memang  ramai...meja kosong tu kami dah cop semua fokus mencedok lauk pauk waktu makan tengahari memang penuh dah macam tempat kenduri kat atas tu gambar selebriti@orang terkenal yang pernah berkunjung ke sini ulam-ulaman pembuka selera ayaq asam pel