Friday, February 13, 2015

Jom buat kad bertali leher

Belajar...belajar...belajar..Sekali-kala kena jugak buat aktiviti santai..So relaks kan minda kanak-kanak dengan membuat aktiviti seni yang mudah dan menarik. Membuat kad ucapan bertali leher.Kad ucapan boleh dipelbagaikan mengikut tema dan citarasa. Tema kad ucapan hari ni sesuai untuk diberikan kepada lelaki yang banyak berjasa untuk kita. Kad ucapan sempena hari bapa atau hari guru. Yeaayyyy!!!

Nak tengok cara atau nak print template..boleh terus ke sini
mewarna template tali leher


kaler cantik-cantik ya

Lekatkan pada kertas warna


Dalam proses menghias dan menulis ucapan





Friday, February 6, 2015

GiveAway L'Oreal Paris by Ayue Idris


Assalamualaikum~

(Klik banner di atas untuk join)


facebook link :
https://www.facebook.com/putrihomestayarau

instagram id : 
tiada


Jom ramai-ramai meriahkan GA Ayue Idris!! 




Syukur Alhamdulillah

Pejam celik pejam celik dah setahun Putri Homestay beroperasi..Sebaik mendapat kunci rumah pada tahun 2012, seorang sedara telah meminta untuk menyewa rumah kami. Rumah disewakan selama setahun lebih sebelum rumah dikembalikan kepada kami. Perancangan awal kami sebelum mendapat kunci daripada pemaju untuk menjadikan rumah ini sebagai homestay akhirnya dapat kami laksanakan.

Homestay yang tak seberapa kami mulakan.Tiada perabot mewah atau hiasan mahal yang menghiasi homestay kami.Hanya perabot asas yang kami sediakan. Berdikit-dikit kami lakukan perubahan pada homestay kami.Internet, Pn. Zaridah (RZ Homestay) dan kawan-kawan sekerja menjadi tempat rujukan kami. Alhamdulillah...disamping kesibukan kerja kami dapat memastikan homestay ini sentiasa bersih, kemas dan selesa. Housekeeping akan dilakukan sendiri setiap kali tetamu check out bagi memastikan tetamu berpuashati dengan perkhidmatan yang diberi.

Kami jadikan komen negatif dan posistif sebagai pencetus semangat untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik. Ada yang datang untuk kali ke 2 dan ke 3 menginap di Putri Homestay. Ianya amat mengujakan kami.Walaupun ada tetamu yang membatalkan tempahan disaat akhir, kami tidak berputus asa. Insha Allah jika ada rezeki untuk kami, ianya tidak akan ke mana.Semoga Allah mempermudahkan kami dalam mengendalikan Putri Homestay.




Thursday, February 5, 2015

Kolaj Arnab

Bidang : Menggambar
Teknik : Kolaj
Tajuk : Sang Arnab
Bahan2 : Kertas lukisan dan kapas

melukis arnab yang montel




menampal kapas pada gambar arnab

Tada..... dah siap