Posts

Showing posts from May, 2014

TQ Eni...

Image
 Keropok Terengganu...buah tangan daripada Eni..Terima kasih Eni kerana sudi memberikan keropok yang begitu sedap..Kehadiran Eni ke Putri Homestay adalah untuk memberi sokongan kepada adik-adiknya yang mewakili Terengganu dalam sukan memanah...TQVM Eni...Jika datang ke Perlis jangan lupa singgah ke Putri Homestay

Si comel yang berduri

Image
comel tapi berduri...puas hati bila melihat kaktus ni...terselit di situ pokok cendol Berikut merupakan cara-cara menjaga pokok tersebut: Elakan kelembapan pada pokok kaktus anda kerana ini akan merosakan kaktus tersebut. Saya menyarankan supaya meletakan pokok kaktus anda terdedah kepada cahaya sedikit. Jangan letak pokok anda di tempat yang terselindung dan mempunyai tahap kelembapan yang tinggi. Jangan menjemur pokok kaktus di bawah terik cahaya matahari. Kebanyakan orang salah faham bahawa pokok kaktus tahan dengan cahaya matahari tetapi hakikatnya tidak semua pokok katus tahan akan cahaya terik. Pokok kaktus yang ditanam di rumah tidak boleh dibuat begitu. Kesannya pokok kaktus tersebut akan terbakar di hujungnya menjadi warna coklat dan kehitaman. Tanaman kaktus tidak boleh disiram setiap hari kerana ini akan menyebabkan pokok tersebut lembap. Sebaiknya siram kaktus tersebut sebanyak 2 kali seminggu menggunakan spray. Ciri tanaman yang lembap adalah hujungnya te

mai la masuk...

Image
dari Pekan Pauh ke Putri Homestay Pandangan dari Putri Homestay Jalan menuju ke Putri Homestay dapur yang simple baru bertunas santai di halaman Layan congkak cermin diri Silalah ke Putri Homestay untuk berehat setelah penat mengharungi perjalanan yang jauh untuk sampai ke negeri Perlis.Setelah berehat barulah anda dapat menjalankan urusan anda seperti menghadiri kenduri, pendaftaran ke pusat pengajian di Perlis, melancong ke Langkawi atau apa sahaja urusan dengan tenang dan lebih segar. Untuk itu hubungilah kami @ SMS @ Whatsaap ke nombor  017 4899115 017 4496679

Pulut Mempelam

Image
Pulut adalah salah satu makanan yang digemari rakyat Malaysia. Pulut durian adalah makanan biasa kat mana2 negeri dalam Malaysia, tetapi macam mana dengan pulut mempelam. Ha...kat Perlis pulut dimakan dengan pelam tu dah jadi perkara biasa ..sama ada pulut tu dimakan dengan santan macam depa duk makan pulut durian ataupun pulut lemak. Rasa pulut yang lemak di makan dengan buah pelam yang manis terutama sekali pelam harum manis memang membangkitkan rasa sedap yang tak dapat nak habaq kat orang lain kecuali orang yang dah besa rasa.   Kalau nak rasa pulut buah pelam harum manis.. mailah kat peghelis..pasti terpikat

Terima kasih Daun Keladi

Terima kasih kepada semua tetamu yang sudi menginap di Putri Homestay untuk bulan mei.. Adik Hani daripada Taiping Perak - Konvokesyen UiTM Encik Rahman dari Pahang - Pendaftaran Kolej Matrikulasi Arau Cikgu Dah dari Pasir Mas , Kelantan - Pendaftaran Kolej Matrikulasi Arau Cikgu Ahmad Pozi  dari Yan Kedah - UITM Adik Mazuwa dari Kelantan- Pendaftaran Kolej Matrikulasi Changlun Pn Atiah dari Kuala Lumpur - SUKMA Adik Eni dari Terengganu - SUKMA Adik Sha dari Perlis - Kenduri  En. Hazrin - Klinik Sedhu Ram Segala kelemahan dan kekurangan didahului dengan ribuan maaf. Putri Homestay akan cuba mengatasinya daripada semasa ke semasa

Kuih Dangai

Image
Bahan-bahannya :- 1 cawan tepung pulut 1 cawan kelapa parut sedikit santan garam gula   cara membuatnya 1. T epung , kelapa dan garam digaul sebati 2. Pastikan kelapa tidak berketul-ketul 3. Panaskan loyang atau acuan kuh dangai 4. Masukkan adunan tadi 5. Renjiskan dengan sedikit santan 6. Taburkan gula 7. Bakar

SUKMA XVII PERLIS 2014

Image
SUKMA PERLIS 2014 http://www.sukmaperlis2014.com.my SELAMAT DATANG KE PERLIS Perlis merupakan sebuah negeri yang menarik dan unik kerana jarak diantara tempat agak dekat dan tidak mengambil masa yang lama untuk ke tempat yang dituju.  Putri Homestay menyediakan penginapan yang selesa dengan harga yang berpatutan. Masa yang diambil dari Putri Homestay ke tempat berikut ialah : a)  5 minit ke Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin b) 10 minit ke Kolej Matrikulasi Arau dan UITM Arau c)  5 minit ke UNIMAP Pauh b) 10 minit ke UITM Arau c)  20 minit ke Stadium Utama Kangar  d) 20 minit ke Dewan 2020 Kangar e) 20 minit ke Kuala Perlis